Terkejut kereta hilang di parkir kawasan rumah

Kereta diparkir berhampiran rumah mangsa di Sungai Durian, hilang hari ini.
Kereta diparkir berhampiran rumah mangsa di Sungai Durian, hilang hari ini.
A
A
A

KUALA KRAI - Seorang lelaki yang hendak ke pasar membeli keperluan harian terkejut mendapati kereta Proton Wira berwarna perak yang diparkir berhampiran rumah hilang.

Anak mangsa Muhamad Danial Ariffin 26, berkata, kereta tersebut kali terakhir dilihat jiran berada di tempat letak kereta jam 2 pagi.

"Pagi tadi ayah keluar rumah sekitar jam 8 pagi, alangkah terkejut ayah dapati kereta hilang," katanya.

Katanya, dia yakin keretanya itu dicuri menjelang Subuh.

"Peliknya kejadian sebegini tidak pernah berlaku di kawasan kediaman kami, ini kes pertama," katanya.

Katanya, kereta yang hilang mempunyai pelekat penjara itu dipercayai berada sekitar Tanah Merah.

Artikel Berkaitan:

"Dari info yang saya dapat kereta masih berada di kawasan Tanah Merah, orang ramai yang ternampak kereta boleh hubungi saya atau balai polis terdekat," katanya.

Muhamad Danial boleh dihubungi ditalian 019- 339 8130.