Lapan terma rujukan bagi RCI Wang Kelian

Sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis, berlangsung di Dewan Gemilang Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian Zahid Izzani
Sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis, berlangsung di Dewan Gemilang Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian Zahid Izzani
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis menggariskan lapan terma dalam prosiding pendengaran awam yang bermula hari ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusinya, Tun Arifin Zakaria dalam ucapan pembukaan pendengaran awam RCI Wang Kelian yang berlangsung di Dewan Gemilang Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendengaran awam RCI Wang Kelian bermula

Terma tersebut adalah meneliti semua dokumen dan bukti berkaitan kes penemuan kes itu; menyiasat kejadian; menyiasat prosedur semasa dan selepas kejadian yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa; menjalankan siasatan (inkuiri) terhadap pegawai penyiasat, saksi-saksi dan mana-mana individu difikirkan perlu.

Selain itu, terma lain adalah menyiasat sama ada penambahbaikan telah dilaksanakan; mengenal pasti implikasi terhadap negara; mengesyorkan tindakan dan penambahbaikan yang boleh diambil kira kerajaan dan mengemukakan laporan siasatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dalam ucapannya, Arifin turut menyeru kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan menghubungi urus setia.

Tun Arifin Zakaria - Foto Sinar Harian Zahid Izzani
Tun Arifin Zakaria - Foto Sinar Harian Zahid Izzani

"Pihak- pihak yang mempunyai maklumat boleh merujuk portal RCI Wang Kelian di laman web Kementerian Dalam Negeri," katanya.

Artikel Berkaitan:

Berikut senarai panel RCI Wang Kelian:

Pengerusi: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria

Timbalan Pengerusi: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai.

Ahli-ahli

- Bekas Ketua Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Datuk Noorbahri Baharuddin

- Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Tan Sri Razali Ismail;

- Bekas Ketua Penyelidik, Jabatan Peguam Negara, Datuk Junaidah Abdul Rahman.

- Bekas Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussin,

- Bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw

Pegawai pengendali

- Khairul Anuar Abd Halim

- Saiful Hazmi Mohd Saad