Laman sesawang palsu guna jenama AirAsia

Laman sesawang palsu yang didakwa penipuan menggunakan jenama AirAsia.
A
A

SYARIKAT penerbangan tambang murah, AirAsia mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan penipuan atas talian menerusi e-mel yang menggunakan tajuk Bonus AirAsia Big Loyalty.

AirAsia dalam satu kenyataan memaklumkan, syarikat itu meminta orang ramai supaya berhati-hati dan sentiasa merujuk kepada laman web dan saluran media sosial rasmi AirAsia untuk sebarang berita, aktiviti atau promosi terkini oleh AirAsia.

"AirAsia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau kumpulan yang menganjurkan skim palsu tersebut menggunakan jenama AirAsia.

"Kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang timbul daripada skim palsu ini,” kata AirAsia.

Bagi mengelakkan sebarang keraguan atau ingin melaporkan penipuan yang disyaki, AirAsia meminta orang ramai segera menghubungi syarikat itu melalui saluran komunikasi rasmi atau layari Facebook AirAsia.