Pemilu 2019 Indonesia berlangsung hari ini

Seorang pengundi wanita membuang undi di pusat undian terletak di daerah Kuta, Bali ketika Pemilu 2109 yang berlangsung hari ini. - Foto AFP
Seorang pengundi wanita membuang undi di pusat undian terletak di daerah Kuta, Bali ketika Pemilu 2109 yang berlangsung hari ini. - Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA . Pemilihan Umum (Pemilu 2019) Indonesia yang berlangsung hari ini dijangka menyaksikan persaingan sengit antara Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan pencabarnya, Prabowo Subianto bagi merebut jawatan tertinggi negara itu.

Lebih 190 juta pengundi seluruh Indonesia dijangka menunaikan kewajipan masing-masing sebaik pusat undian dibuka jam 7.00 pagi (waktu tempatan) sehingga ia ditutup sekitar jam 1.00 tengah hari (waktu tempatan).

Seramai 245,000 calon bertanding dalam pilihan raya kali pertama yang menyaksikan Pilihan Raya Presiden (Pilpres) dan Pemilu Legislatif diadakan secara serentak di mana setiap pengundi perlu mengundi untuk lima peringkat kerajaan yang berbeza.

Dalam pada itu, kira-kira 272,880 anggota polis dibantu 68,854 anggota tentera dikerah memantau keselamatan di 810,000 pusat pengundian seluruh negara.

Tinjaun undian pendapat menunjukkan Jokowi, 57, sebagai pilihan utama memenangi Pilpres namun beliau berdepan tentangan hebat daripada Prabowo, 67, yang bersandarkan tiket nasionalis.

Bekas jeneral yang kalah tipis kepada Jokowi ketika Pemilu 2014 itu turut memberi amaran akan mencabar keputusan Pemilu sekiranya beliau mengalami kekalahan.

Keputusan kiraan cepat diramal akan memberi indikasi siapa bakal memenangi jawatan presiden, namun keputusan rasmi hanya akan diumumkan pada Mei depan. - AFP

Artikel Berkaitan: