Pembinaan fasiliti Sukma 2020 berjalan lancar

Mohd Khuzzan (dua, kanan) ketika melawat salah satu venue Sukma 2020 di Johor Bahru, semalam.
Mohd Khuzzan (dua, kanan) ketika melawat salah satu venue Sukma 2020 di Johor Bahru, semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kesemua fasiliti Sukma Malaysia (Sukma) 2020 yang berada dalam fasa pembinaan dan baik pulih berjalan lancar mengikut jadual ditetapkan.

Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, kesemua fasiliti tersebut dijangka siap sepenuhnya pada awal tahun hadapan.

Beliau berkata, pada masa ini tiada sebarang permasalahan dihadapi dan kesemua projek pembinaan serta baik pulih dilaksanakan mengikut jadual.

“Berdasarkan lawatan hari ini ke empat lokasi pembinaan fasiliti yang akan digunakan untuk Sukma 2020 menunjukkan perkembangan yang positif.

“Empat venue tersebut ialah Stadium Tertutup Arena Larkin; Stadium Akuatik, Larkin; Sports City Mount Austin dan Arena Mas, Taman Impian Emas,” katanya sebagaimana dipetik berkata di Fecebook rasminya, Mohd Khuzzan Abu Bakar, semalam.

Lawatan turut telah disertai oleh Penolong Pegawai Operasi Seketariat Sukma Johor, Mohd Johari Tarmidi.

Mohd Khuzzan berkata, kerajaan negeri akan sentiasa mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan pembinaan dan baik pulih fasiliti Sukma 2020 siap sepenuhnya.

“Saya amat berpuas hati dengan lawatan saya hari ini kesemua lokasi tersebut. Lawatan ini adalah lawatan mengejut saya ke semua venue berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Lawatan akan diteruskan lagi ke Velodrom, Medini esok (hari ini) bagi melihat perkembangan pembinaannya untuk digunakan bagi acara berbasikal,” katanya.