Ahli politik anti-Islam biadab lempar al-Quran

Penunjuk perasaan bertindak membakar basikal dan tong sampah sebagai tanda protes
Penunjuk perasaan bertindak membakar basikal dan tong sampah sebagai tanda protes
A
A
A

COPENHAGEN - DENMARK. Keganasan tercetus di Denmark pada akhir minggu lalu selepas ahli politik berhaluan kanan melemparkan al-Quran.

Susulan kejadian itu, polis telah memberkas 23 individu selepas pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan.

Ahli politik, Rasmus Paludan yang mahu Islam dilarang di Denmark bertindak biadab melemparkan kitab suci itu beberapa kali di Noerrebro, sebuah daerah didiami komuniti imigran.

Penunjuk perasaan yang berang dengan perbuatannya bertindak membaling batu ke arahnya dan polis yang mengiringinya.

Protes itu kemudiannya merebak ke bahagian lain di bandar Copenhagen di mana tong sampah dan basikal dibakar sebagai tanda protes.

Perdana Menteri, Loekke Rasmussen turut menyifatkan tindakan itu sebagai provokasi tidak bermakna dan menggesa rakyat supaya tidak bertindak ganas.

"Bersemuka dengan dia, bukan dengan keganasan. Lindungi demokrasi dan kebebasan bersuara. Jangan biarkan tindakan provokasi seumpama itu memusnahkan perpaduan kita," katanya menerusi Twitter.

Difahamkan, Paludan telah dikenakan hukuman kerana bersifat perkauman dan parti pimpinannya juga tiada kerusi di Parlimen atau di peringkat tempatan.

Artikel Berkaitan:

Tahun lalu, Menteri Imigresen Denmark dikecam banyak pihak selepas mendakwa orang Islam yang berpuasa pada bulan Ramadan mendatangkan bahaya kepada beberapa bidang pekerjaan. - Agensi