'Tempoh sudah tamat, saya serah pada peguam'

DATUK FIZZ FAIRUZ
A
A

PELAKON Datuk Fizz Fairuz mengotakan kata-katanya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali akuan Instagram Makcik Puaka selepas berakhirnya tempoh tujuh hari.

Sebelum ini, Fizz meminta pengendali akaun berkenaan tampil berjumpanya dan juga membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari. Bagaimanapun sehingga jam 12 tengah hari tadi, tidak ada maklum balas daripada pihak tersebut.

Justeru Fizz sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, pada jam 2 petang tadi.

"Saya sudah beri dia tempoh dan bertolak ansur tetapi tidak ada respons daripada pihak terbabit.

"Jadi bila tempoh sudah tamat, saya serahkan kepada peguam untuk tindakan selanjutnya," ujarnya kepada Sinar Harian.

Minggu lalu, sebuah akaun menggunakan nama Makcik Puaka telah memuat naik mengenai berita seorang Datuk Seri ditangkap khalwat.

Biarpun tidak menyebut nama Fizz Fairuz di status Insta Stories miliknya, bagaimanapun dia memberi beberapa bayangan yang menjurus ke arah pelakon tersebut sehingga mengundang spekulasi ramai.

Mengakui tidak ambil pusing pada mulanya, aktor berusia 40 tahun ini bagaimanapun merasa tidak adil kerana ia secara tidak langsung memburukkan namanya.

"Mula-mula saya tak ambil pusing, tapi bila ada pihak lain petik nama saya, tak kan saya nak berdiam diri lagi. Isu buruk, kontroversi mesti nak kaitkan dengan nama saya," jelasnya.