Pahang lulus 122 projek PR1MA

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Sehingga 31 Januari 2019 sebanyak 122 projek PR1MA telah diluluskan di negeri itu dengan jumlah 36,677 buah rumah.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang Abd Rahim Muda berkata, daripada jumlah itu 14 projek telah berjaya disiapkan dengan jumlah sebanyak 3,352 rumah.

Manakala sebamasukan nyak 15 projek termasuk fasa sambungan dalam pembinaan dengan jumlah 3,675 rumah.

"Projek-projek tersebut diperuntukkan di 11 daerah dengan Kuantan sebanyak 14,338 unit, diikuti Rompin, 3,361 unit; Cameron Highlands, 3,115 unit; Jerantut 2,800 unit; Bera, 2,682 unit dan bakinya Temerloh, Pekan, Bentong, Maran, Raub dan Lipus.

"Harga bagi rumah PR1MA Pahang ditetapkan ialah RM150,000 bagi rumah berkembar dengan keluasan binaan 1,000 kaki persegi dan keluasan tanah 2,800 kaki persegi.

"Bagi setiap lebihan lot akan dikenakan bayaran sebanyak RM140 sekaki persegi. Sehingga 31 Disember 2018 seramai 11,089 orang telah menerima tawaran untuk memiliki rumah PR1MA Pahang," katanya.

Beliau berkata demikian, ketika menjawab soalan daripada ADUN Teruntum, Sim Chon Siang di Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Pahang, 2019, hari ini.

Artikel Berkaitan: