Laporan pembunuhan kejam penduduk Rohingya menang Hadiah Pulitzer

Laporan tentang pembunuhan penduduk Rohingya oleh Lone (kanan) dan Soe Oo turut mendapat liputan dunia.
Laporan tentang pembunuhan penduduk Rohingya oleh Lone (kanan) dan Soe Oo turut mendapat liputan dunia.
A
A
A

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Agensi berita Reuters, semalam memenangi dua Hadiah Pulitzer untuk laporan yang membongkar pembunuhan kejam 10 lelaki Rohingya oleh tentera Myanmar dan gambar memaparkan migran di sempadan Amerika Syarikat (AS).

Laporan siasatan itu dilakukan wartawan warga tempatan, Wa Lone dan Kyaw Soe Oo yang berjaya menemukan kubur besar mengandungi tulang manusia di perkampungan Inn Din di Rakhine.

Mereka turut mengumpulkan bahan bukti lain menerusi temu bual bersama pelaku, saksi dan keluarga mangsa.

Kedua-dua wartawan tersebut memperoleh gambar memaparkan kekejaman yang dilakukan terhadap mangsa pembunuhan kejam itu.

Bagaimanapun, Lone dan Soe Oo telah ditangkap pada Disember 2017 sebelum mereka dapat menyelesaikan tugasan tersebut.

Artikel Massacre in Myanmar (Pembunuhan beramai-ramai di Myanmar) itu kemudiannya diselesaikan rakan setugas mereka, Simon Lewis dan Antoni Slodkowski yang diterbitkan pada Februari tahun lalu.

Pada September tahun lalu, Lone dan Soe Oo telah dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi Myanmar.

Sehingga semalam, mereka telah meringkuk selama 490 hari di dalam penjara. - Reuters

Artikel Berkaitan: