Warga Myanmar miliki syabu ditahan

Syabu yang diletakkan dalam plastik lut sinar yang dirampas dari suspek semalam.
Syabu yang diletakkan dalam plastik lut sinar yang dirampas dari suspek semalam.
A
A
A

BUTTERWORTH- Polis menahan seorang lelaki Myanmar selepas pemeriksaan pada badannya menjumpai tiga peket plastik lut sinar yang dipercayai syabu.

Suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan di tepi jalan Bagan Dalam di sini pada jam 12 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pemeriksaan fizikal ke atas suspek menjumpai syabu seberat 5.2 gram yang dianggarkan bernilai RM780.

Menurutnya, siasatan mendapati dadah berkenaan untuk kegunaan sendiri.

"Ujian saringan air kencing suspek positif methamphetamine dan dia kini direman empat hari sehingga 19 April ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) (a) akta sama," katanya ketika dihubungi tadi.

Artikel Berkaitan: