Kebakaran hutan Kuala Baram merebak, kini 100 hektar

No Image Caption
A
A
A

MIRI - Kebakaran hutan, ladang serta tanah gambut di Kuala Baram di sini semakin buruk dengan keluasan kawasan yang terjejas bertambah ke 100 hektar hari ini berbanding 70 hektar semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata kebakaran itu telah merebak sehingga ke kawasan berhampiran Universiti Curtin disebabkan keadaan angin kencang dan masalah air.

"Operasi pemadaman api kini dijalankan oleh unit udara bomba,” katanya pada sidang media, di sini.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Piasau Datuk Sebastian Ting Chew Yew menyarankan agar pembenihan awan dilakukan di bandar raya ini bagi menangani masalah kebakaran akibat musim kemarau yang melanda sekarang.

Beliau sebelum itu menyumbangkan topeng muka kepada pelajar dua sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Kuala Baram yang terjejas teruk akibat asap kebakaran berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: