Beri ruang, peluang Anwar tadbir negara - Adly

Dari kiri: Adly Zahari dan Anwar
Dari kiri: Adly Zahari dan Anwar
A
A
A

ALOR GAJAH - Beri ruang dan peluang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan tanggungjawabnya mentadbir negara, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari.

Timbalan Menteri Pertahanan itu berkata, beliau yakin Anwar mampu memimpin negara berdepan jangkaan ketidaktentuan ekonomi global pada tahun depan, berdasarkan kemampuan serta pengalaman Perdana Menteri ke-10 itu.

"Saya cukup yakin beliau boleh membawa Malaysia ke hadapan dalam tempoh-tempoh yang bagi saya sukar juga kerana kita menghadapi isu-isu ekonomi.

"Sepatutnya kita rakyat Malaysia memberikan ruang dan peluang kepada Anwar serta paling penting sokongan dan dorongan untuk Perdana menteri membawa Malaysia ke satu tahap lebih baik," katanya.