Amaran AirAsia terhadap penipuan Bonus AirAsia Big Loyalty

AirAsia memberi amaran kepada orang ramai terhadap penipuan dalam talian melalui e-mel yang menggunakan tajuk Bonus AirAsia Big Loyalty.
AirAsia memberi amaran kepada orang ramai terhadap penipuan dalam talian melalui e-mel yang menggunakan tajuk Bonus AirAsia Big Loyalty.
A
A
A

SEPANG - Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad (AirAsia) memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terlibat dengan penipuan dalam talian melalui e-mel yang menggunakan tajuk Bonus AirAsia Big Loyalty.

AirAsia melalui kenyataan berkata, syarikat penerbangan itu tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau kumpulan yang menganjurkan skim palsu tersebut yang menggunakan jenama AirAsia

“AirAsia juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang timbul daripada skim palsu ini,” kata kenyataan itu, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, AirAsia menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan sentiasa merujuk kepada laman sesawang dan saluran media sosial rasmi AirAsia untuk berita, aktiviti atau promosi terkini syarikat.

"Bagi mengelakkan sebarang keraguan atau ingin melaporkan penipuan yang disyaki melibatkan AirAsia, sila berhubung dengan kami melalui saluran komunikasi rasmi di www.facebook.com/airasia, www.twitter.com/airasia dan laman AirAsia Support, support.airasia.com," kata AirAsia.

Artikel Berkaitan: