Projek ECRL: Jimat RM21b bukti kerajaan pertahan kepentingan rakyat

Mohamed Azmin - Foto Sinar Harian Sharifudin Abdul Rahim
Mohamed Azmin - Foto Sinar Harian Sharifudin Abdul Rahim
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan menyemak semula dan meneruskan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) merupakan tekad kerajaan dalam mempertahankan kepentingan rakyat melalui penjimatan lebih RM 21 bilion.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan ini membuktikan bahawa kepimpinan yang berintegriti, tegas serta mengamalkan tadbir urus yang baik, telus dan bertanggungjawab akan mencegah ketirisan dan kebocoran dalam pengurusan kewangan negara.

"Keputusan ini dimuktamadkan antaranya dengan mengambil kira pandangan Kerajaan Negeri Selangor sepertimana yang telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 24 Januari 2018 untuk tidak membenarkan pembangunan jajaran ECRL melalui kawasan Permatang Kuartza, Gombak yang telah disenaraikan dalam Senarai Tentatif Warisan Dunia UNESCO," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Projek ECRL diteruskan hikmah besar kepada negara

Justeru, katanya, keputusan kerajaan ini bermakna pembinaan terowong sepanjang 18 kilometer merentasi kawasan Permatang Kuartza yang merupakan “pure quartz dyke” dapat dielakkan sekali gus mempertahankan faktor budaya, warisan dan alam sekitar.

"Jajaran baharu sejauh 640 kilometer berbanding jajaran dahulu sejauh 688 kilometer ini telah berjaya mengurangkan kos daripada RM95.5 juta kepada RM68.7 juta setiap kilometer," katanya.

Katanya lagi, keputusan kerajaan ini bukan sahaja dapat menjamin pembangunan prasarana sosial yang berkualiti untuk rakyat, bahkan ianya akan memacu pertumbuhan ekonomi, mencipta peluang pekerjaan serta membuka pelbagai peluang ekonomi dalam rantaian nilai.

"Selain itu, keazaman kerajaan untuk meneruskan projek ini akan meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat serta meningkatkan kadar keterhubungan (connectivity) logistik dan rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan: