Bufet Ramadan GBWHSA tawar menu viral

Chef Radhakrisnan (kiri) dan Chef Firdaus Stenly Abdullah menunjukkan antara menu bufet Ramadan yang ditawarkan di GBWHSA.
Chef Radhakrisnan (kiri) dan Chef Firdaus Stenly Abdullah menunjukkan antara menu bufet Ramadan yang ditawarkan di GBWHSA.
A
A
A

SHAH ALAM – Sempena Ramadan tahun ini, Grand Bluewave Hotel Shah Alam (GBWHSA) menawarkan Bufet Ramadan bertemakan Warna Warni Ramadan 1440H.

Berkonsepkan ‘Bazar Malaysia Kini’ dan ‘Ala Kampung’, pelbagai menu juadah Malaysia serta pilihan menu antarabangsa disediakan.

Chef Ahmad Al-hafiz berkata, terdapat lebih 100 jenis pilihan menu berbeza antaranya, masakan negeri tempatan, masakan hidangan utama seperti nasi pakistan, nasi putih, nasi kabuli, daging tetel asam pedas, sambal tempe berlada dengan jering, ikan masam manis, daging salai, ayam panggang, pasta, pizza hawaian, stew kambing dan pelbagai pilihan lain.

Menurutnya, gerai berkonsepkan bazar turut diletakkan di sekeliling lobi hotel yang mengetengahkan tema tertentu seperti gerai briyani, gerai masakan India, gerai Tandoori, gerai Masakan Cina, Kegemaran Warong Malaysia, gerai Itali, gerai ‘grill and carving’ serta Cita Rasa Negeri.

Katanya, di gerai ‘grill and carving’, tetamu boleh mencuba masakan seperti kambing, daging bakar, ikan bakar, masakan laut, ayam dan sosej dengan pelbagai pilihan sos seperti sos lada hitam, BBQ, air asam dan sambal kicap.

"Tetamu juga boleh mencuba masakan di gerai Cita Rasa Negeri di mana kami menyediakan pelbagai hidangan yang berasal dari negeri-negeri di Malaysia dan menariknya, jenis hidangan ini akan berubah setiap minggu," katanya.

Menu ‘viral’ seperti burger cheese meleleh, char kuey teow keju, shellout kamyong style, kepak ayam goreng pedas dengan Keju dan roti john titiwangsa turut disediakan.
Menu ‘viral’ seperti burger cheese meleleh, char kuey teow keju, shellout kamyong style, kepak ayam goreng pedas dengan Keju dan roti john titiwangsa turut disediakan.

Beliau berkata, mee udang (Perak), laksa sarawak (Sarawak) lontong dan rendang cili padi (Johor & Negeri Sembilan), laksa penang (Pulau Pinang), mee kari nyonya (Melaka), ikan patin masak tempoyak (Pahang) dan nasi dagang (Terengganu) antara masakan disediakan.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Al-hafiz berkata, mengikuti trend media sosial, tumpuan bufet Ramadan kali ini ialah menu ‘viral’ seperti burger cheese meleleh, char kuey teow keju, shellout kamyong style, kepak ayam goreng pedas dengan Keju dan roti john titiwangsa.

"Aneka pilihan minuman turut disediakan seperti air buah naga, air soya, jus buah, air tebu dan berbagai pilihan teh dan kopi berkualiti tinggi," katanya.

Sementara itu, aneka pilihan pemanis mulut pasti melengkapkan keseronokan berbuka puasa.

Antara pilihannya ialah ais kacang, kek keju marmar, kek coklat basah, kek lobak, brownies coklat, aneka jenis kuih Melayu & kuih raya, puding tembikai susu, bubur pulut hitam, koktel buah, tapai pulut, dodol, serawa pisang, roti pisang, puding mentega dan sago gula Melaka.

Buffet Warna Warni Ramadan 1440H disediakan setiap hari pada jam 7 malam sehingga 10 malam bermula 6 Mei hingga 4 Jun depan.

Harga bermula daripada RM138+ bagi dewasa dan RM70+ untuk kanak-kanak dan warga emas.

Sementara itu pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, harganya ialah RM148+ bagi seorang dewasa dan seorang kanak-kanak.

Bagi mengisi malam Ramadan dengan keberkatan, tetamu juga dapat menikmati alunan bacaan ayat suci al-Quran dan ruang untuk solat Maghrib dan Tarawih turut disediakan.