Pas belum ada keputusan untuk sokong BN di PRK Sandakan

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

KOTA BHARU - Pas belum membuat keputusan sama ada akan menyokong BN dalam PRK Parlimen Sandakan, Sabah, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata, BN atau UMNO sekalipun belum mengadakan mesyuarat mengenai perkara itu apatah lagi Pas.

Maka katanya, Pas tidak mempunyai sebarang kata putus berhubung perkara tersebut termasuk sekiranya BN meletakkan calon MCA bagi kerusi Parlimen tersebut.

“Keputusan hanya akan diperoleh selepas BN menyatakan pendirian, dalam mesyuarat yang dikatakan akan dibuat minggu ini.

“Kita tunggu dan lihat, sama ada Pas sokong atau tidak, macam mana nak beritahu, ‘beranak’ pun belum, jika dah ‘lahir’ nanti, kita umum.

Beliau berkata demikian pada sidang media Hari Sayyidatina Khatijah di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.

Terdahulu, SPR menetapkan tarikh penamaan calon PRK Parlimen Sandakan pada 27 April ini manakala hari pengundian pada 11 Mei.

PRK Parlimen Sandakan diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Pengerusi DAP Sabah, Datuk Stephen Wong Tien Fatt akibat serangan jantung, 28 Mac lalu.

Artikel Berkaitan: