Parti pemerintah lazimnya tak terima sokongan semasa PRK

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani plak perasmian Pertubuhan Industri Rel Malaysia (MARIC) pada pembukaan Pameran dan Pertunjukan Teknologi Serta Inovasi Kejuruteraan Rel Tempatan Terbesar (TECHNOMART REL 2019) di Kumpulan Kerjasama Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) hari ini. Foto: Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani plak perasmian Pertubuhan Industri Rel Malaysia (MARIC) pada pembukaan Pameran dan Pertunjukan Teknologi Serta Inovasi Kejuruteraan Rel Tempatan Terbesar (TECHNOMART REL 2019) di Kumpulan Kerjasama Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

CYBERJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, kebanyakan parti memerintah tidak menerima banyak sokongan semasa PRK kerana pemilihan itu tidak akan membawa pertukaran kerajaan.

Mengulas kekalahan PH pada PRK DUN Rantau pada Sabtu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH, berkata, walau apapun keputusan PRK, kerajaan masih lagi diterajui oleh PH.

“Sama ada parti kerajaan (yang memerintah) menang atau tidak, kerajaan tetap kerajaan yang sama,” katanya kepada pemberita pada sidang media pameran Techomart Rail 2019, di sini.

Kerusi Rantau kekal milik Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, 63 pada pemilihan yang berlangsung 13 April lepas dalam pertembungan empat penjuru dengan PH diwakili oleh Dr S. Streram, 60.

Dua lagi pencabar ialah calon Bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi, 51, dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin, 67.

Mohamad yang merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan menyandang kerusi berkenaan sejak 2004.

Mengenai kenyataan Tun Daim Zainuddin berhubung kerajaan PH dijangka menunaikan janji yang dibuat pada PRU14 dalam tempoh enam bulan, Dr Mahathir berkata, kerajaan berdepan banyak masalah.

“Kita tidak ada wang. Wang telah dicuri. Itu masalah kita. Anda nak buat apa-apa... duit tak ada,” katanya

Artikel Berkaitan:

Daim yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan semalam dilaporkan berkata, beliau menjangka rakyat kembali menyokong kerajaan apabila kerajaan menunaikan janjinya, terutama berhubung ekonomi. - Bernama