Pra Sukma persediaan awal Kelantan jadi tuan rumah

Muhammed Imran (tiga,kiri) merasmikan penutup Kem Bola Sepak Anjuran Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) Chetok Dengan Kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas Bersama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan MSN Kelantan di SK Chetok.
Muhammed Imran (tiga,kiri) merasmikan penutup Kem Bola Sepak Anjuran Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) Chetok Dengan Kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas Bersama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan MSN Kelantan di SK Chetok.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan akan menganjurkan Kejohanan Pra Sukan Malaysia (Sukma) 1 hingga 3 Ogos depan sebagai persediaan untuk menjadi tuan rumah bagi sukan dwi tahunan itu pada 2024.

Pengarahnya, Muhammed Imran Mansoor berkata, satu kertas cadangan telah dikemukakan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Kelantan untuk membina sebuah kompleks sukan bagi merealisasikan hasrat itu.

"Sepertimana yang telah diketahui, kerajaan negeri sudah mengemukakan tawaran untuk menjadi tuan rumah Sukma pada 2024. Perkara tersebut sudah dibincangkan di peringkat jawatankuasa tertinggi Sukma.

"Menteri juga (Syed Sadiqq Syed Abdul Rahman) telah memberi jawapan berhubung perkara itu, namun kita belum mengetahui berapa jumlah peruntukan yang akan disalurkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutup Kem Bola Sepak Anjuran Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) Chetok Dengan Kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas Bersama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan MSN Kelantan di SK Chetok dekat sini hari ini.

Program tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran dua bintang The Red Warriors (TRW) Shahrul Nizam Roshasni dan Nik Akif Syahiran Nik Mat.

Turut hadir Guru Besar SK Chetok, Sapian Zakaria.

Menurutnya, MSN Kelantan juga akan mengemukakan permohonan untuk mendapatkan dana daripada kerajaan negeri bagi memastikan Sukma 2024 dapat dianjurkan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, dana yang diperoleh dari kerajaan negeri dan KBS itu akan dicampur untuk digunakan bagi kerja-kerja menaik taraf kemudahan infrastruktur sukan di Kelantan.