Kes SRC: Dua pasukan dari BNM serbu AmBank pada hari sama

Saksi kedua, Pengurus Bank Negara Malaysia, Azizul Adzani Abdul Ghafar hadir di Mahkamah Tinggi Jenayah 3 untuk perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta. - Foto Bernama
Saksi kedua, Pengurus Bank Negara Malaysia, Azizul Adzani Abdul Ghafar hadir di Mahkamah Tinggi Jenayah 3 untuk perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dua pasukan dari BNM telah membuat serbuan di Ambank Jalan Raja Chulan, untuk mendapatkan dokumen berhubung obligasi pelaburan.

Azizul Adzani Abdul Ghafar berkata, beliau bersama pasukannya membuat serbuan dari 9 pagi hingga 11 pagi pada 16 Julai 2015 dan beliau turut berada di situ sehingga 9 malam kerana menunggu satu pasukan lagi membuat serbuan di bank itu.

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada terdapat pasukan lain selain dua pasukan itu yang membuat serbuan di bangunan tersebut pada hari yang sama.

Saksi pendakwaan kedua berkenaan berkata demikian semasa disoal balas peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak pada perbicaraan bekas perdana menteri itu yang masuk hari ketiga hari ini.

Harvinderjit: Setuju dengan cadangan saya, ada satu lagi pasukan yang melakukan serbuan di bank itu pada hari sama?

Azizul Adzani: Setuju

Harvinderjit: Jadi daripada 9 pagi sehingga 9 malam, anda masih di Ambank? Azizul Adzani: Benar

Harvinderjit: Hanya untuk dapatkan lapan folder (fail) dan tiga sampul surat?

Artikel Berkaitan:

Azizul Adzani: Lapan folder dan tiga sampul dapatkan waktu pagi. Selepas tu saya tunggu pasukan lain lakukan penggeledahan di tempat lain di Ambank.

Harivinderjit: Siapa dalam pasukan itu?

Azizul Adzani: Saya tidak ingat, tidak semua pegawai di jabatan terlibat. Kami memang akan tunggu sehingga pasukan lain di Ambank jalankan tugas.

Harvinderjit: Pada pagi itu, selain dari terima arahan berkenaan akaun, tuan juga dimaklumkan akan ada pasukan lain buat serbuat di bangunan Ambank tetapi di bahagian lain di bangunan sama?

Azizul Adzani: Setuju

Ditanya peguam itu mengenai kenderaan yang digunakan semasa melakukan serbuan itu Azizul Adzani berkata: “antara tiga atau empat buah kenderaan”

Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Prosiding di Harapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang berlangsung. - Bernama