Ratusan bungkus beras, bihun bertaburan atas jalan raya

Beras dan bihun yang bertaburan di atas jalan. - Foto ihsan polis
Beras dan bihun yang bertaburan di atas jalan. - Foto ihsan polis
A
A
A

PETALING JAYA - Ratusan beg beras dan bungkusan bihun bertaburan di atas jalan raya apabila treler yang membawa muatan makanan itu terbabas di susur masuk Plaza Tol Subang dari arah Damansara Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), pagi tadi.

Kejadian jam 10 pagi di kilometer 14.1 NKVE itu menyebabkan keadaan lalu lintas sesak.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pergerakan kenderaan perlahan di lokasi kejadian kerana hanya dua lorong sahaja dibuka untuk pengguna jalan raya.

"Lori treler berkenaan terbabas dan terbalik mengakibatkan muatan beras melimpah di atas jalan.

Keadaan di lokasi kejadian. - Foto ihsan polis
Keadaan di lokasi kejadian. - Foto ihsan polis

"Kelindan lori mengalami cedera ringan di pinggang dan lutut sementara pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zaini menambah, anggota trafik berada di lokasi untuk membuat kawalan sementara tumpahan muatan bihun dan beras di atas jalan raya dialihkan ke kenderaan lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, tiada kenderaan lain yang terlibat dan siasatan lanjut mengenai kemalangan masih dijalankan.

Artikel Berkaitan: