Kantoi sorok tong gas belakang bot

Anggota PPM menemukan tong gas yang disorok suspek di belakang bot. - Foto PPM
Anggota PPM menemukan tong gas yang disorok suspek di belakang bot. - Foto PPM
A
A
A

TAWAU - Cubaan seorang lelaki menyeludup tong gas ke negara jiran digagalkan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam Op Gelora, petang semalam.

Dalam tangkapan jam 5.10 petang itu, bot lelaki berkenaan dipintas bot ronda PGR 2 PPM Tawau di kawasan Sungai Aji Kuning.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, sebanyak lima tong gas berisi Gas Petroleum Cecair (LPG) ditemukan dalam bot berkenaan yang disembunyikan di ruang belakang bot.

"Pemeriksaan lanjut juga mendapati suspek berusia 30 tahun itu gagal menunjukkan sebarang surat atau dokumen kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkaitan tong gas GPC yang dibawa itu," katanya.

Artikel Berkaitan: