Mitos minuman detoks dan turun berat badan

No Image Caption
A
A
A

TREND yang semakin popular sekarang adalah air detoks.

Melawas dan cirit birit itu bukan petanda berlaku 'detoxification' dalam badan dan kerak usus itu adalah medical hoax.

Hati anda akan melakukan proses nyah detaks (detox) atau detoxifikasi secara semulajadi. Jika hati anda tidak cekap melakukan tugas itu, anda mungkin sudah berada di hospital sekarang.

Anda nak minum jugak air 'detoks' tiada masalah. Tiada siapa larang. Mungkin ada faedah vitamin dan lain-lain, cuma bukan untuk detoks.

Jangan pula jadi kurang cerdik dengan membuang buahnya. Ini kerana dalam sesetengah buah ada vitamin larut lemak iaitu vitamin A,D,E dan K.

Jika rendam sahaja, vitamin tersebut tidak akan larut dalam air dan meresap ke dalam air. Ia perlukan lemak untuk dilarutkan dalam tubuh.

Ini membuktikan fakta bahawa diet yang terlalu rendah lemak juga tidak baik untuk kesihatan kerana ia meningkatkan penyerapan vitamin larut lemak tadi untuk fungsi hormon dalam badan.

Penurunan berat badan yang banyak semasa proses detoks selalunya melibatkan diet sangat rendah karbohidrat dan ia berkesan dalam jangka masa pendek.

Artikel Berkaitan:

Dalam seminggu atau dua minggu anda sudah boleh hilang lima hingga enam kilogram (kg) atau lebih berat badan kerana kehilangan air. Bukannya lemak.

Kenapa hilang air? Kerana bila buat diet terlalu rendah karbohidrat, badan akan menggunakan simpanan gula dalam badan yang dipanggil glycogen.

Glycogen ini disimpan dalam hati dan otot. Bila badan kurang ambil karbohidrat, hati dan otot akan mula menggunakan simpanan glycogen dahulu sebagai emergency energy.

Rantaian antara glycogen diikat oleh 2-3ml air setiap satu. Jadi bila rantaian dipecahkan untuk kegunaan tenaga, air akan keluar bersama dari badan melalui pernafasan (wap air) atau sistem perkumuhan lain.

Anda akan cepat turun berat!

Minuman detoks hanyalah 'umpan' yang digunakan untuk mengaburi mata komuniti terhadap diet tidak sihat yang disarankan.

Pengikut akan berkata: "Owh aku buat diet tu dan minum detokc, berat turun banyak! Selamat kencing manis aku."

Ya, secara jangka pendek akan selamat disebabkan regulasi gula dalam badan adalah kerana karbohidrat. Bila kurang sangat karbohidrat, gula dalam darah akan rendah.

Percayalah cakap saya, ia hanya jangka pendek. Bila badan sudah terlalu penat dan lesu kerana kekurangan karbohidrat, ia akan mula mahukan karbohidrat dengan jumlah yang lebih banyak untuk penuhkan balik tangki glycogen pada hati dan otot.

Saya bukan anti minuman detoks atau mana-mana kumpulan jenis diet. Saya cuma menyampaikan yang betul.

Turun lima hingga 10 kg berat badan dalam 10 hari hanyalah keseronokan sementara dan tak ramai akan dapat bertahan. Ia sesuai untuk yang mempunyai perjalanan diet yang pendek sahaja.

Jika berat anda jauh sangat lagi dari normal, elakkan terlibat dalam diet sebegini. Kalau boleh jangan fikir langsung.

Sampai bila mahu berpusing dalam kitaran berat naik turun bertahun-tahun?

Sumber: Pakar Diet, Mohd Khairul Azuan