Saksi kedua kes SRC disoal balas peguam Najib

Najib - Foto fail Bernama
Najib - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disambung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini, hari ini dengan saksi ke-2 menyambung keterangannya.

Pegawai Penggeledah dari Bank Negara Malaysia (BNM), Azizul Adzani Abdul Ghafar, 49, akan disoal balas oleh peguam bela Najib, Harvinderjit Singh.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat dokumen bank Najib antara dirampas dari AmBank

Semalam, Azizul Adzani yang terlibat dalam operasi BNM pada 6 Julai 2015 dalam serbuan di AmBank Cawangan Jalan Raja Chulan telah menjawab beberapa soalan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Suhaimi Ibrahim.

Dalam keterangannya beliau menyatakan, sebanyak lapan dokumen dirampas termasuk empat akaun milik Najib, tiga akaun SRC International dan satu akaun milik Syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd selain tiga sampul surat.

Najib duduk tenang dikandang tertuduh sementara perbicaraan berlangsung dihadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sekitar jam 9.42 pagi.

Artikel Berkaitan: