Musa Aman muncul di sidang DUN Sabah

Musa Aman
Musa Aman
A
A
A

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman buat pertama kalinya hadir pada persidangan DUN Sabah hari ini.

ADUN Sungai Sibuga itu yang tidak hadir dalam istiadat pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan DUN Sabah Khamis lepas dan persidangan pertama semalam merupakan satu-satunya ADUN UMNO di Sabah yang tinggal selepas kesemua rakan seperjuangannya berpaling kepada Bersatu.

Sebelum ini, beliau turut gagal hadir ke dua sesi sidang DUN yang diadakan tahun lepas dan turut menjadi ADUN terakhir yang mengangkat sumpah pada 5 September.

Tahun lalu, beliau memberikan alasan gagal menghadiri mesyuarat dan lewat mengangkat sumpah atas alasan masalah kesihatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: