Polis kesan pemandu Proton Wira larikan diri

Tangkap layar video tular berhubung kemalangan membabitkan sebuah kereta dan penunggang motorsikal di Taman Sutera Utama.
Tangkap layar video tular berhubung kemalangan membabitkan sebuah kereta dan penunggang motorsikal di Taman Sutera Utama.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis sedang mengesan pemandu sebuah Proton Wira yang dipercayai melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal yang bekerja sebagai penghantar makanan di Jalan Sutera Tanjung, Taman Sutera Utama di sini, pada Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, pemandu kereta tersebut masih belum tampil membuat laporan polis.

Menurutnya, kereta Proton Wira dalam insiden itu merupakan kenderaan curi dan sudah ditemui ditinggalkan di tepi Jalan Persiaran Scientex Utama, Senai hasil maklumat orang awam pada pagi Selasa.

"Laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 8 malam pada Isnin. Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta Proton Wira dipandu seorang lelaki telah masuk di laluan bertentangan.