Bawa dasar, hala tuju pendidikan Malaysia

No Image Caption
A
A
A

PARIS - Malaysia akan menunjukkan keupayaan negara untuk melaksanakan transformasi sistem pendidikan, selari dengan aspirasi Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, beberapa bidang dalam sistem pendidikan Malaysia yang kini sedang melalui proses pembaharuan selari dengan 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) UNESCO dan Rancangan Malaysia ke-11 menerusi Peningkatan Pertumbuhan Rakyat.

Jelasnya, usaha untuk memanusiakan pendidikan di Malaysia termasuk mengutamakan pembangunan Kemahiran Pembelajaran Abad ke-21 iaitu komunikasi, kolaborasi, kreativiti, pemikiran kritikal, nilai dan etika dalam kalangan murid.

Persidangan sesi ke-206, Lembaga Eksekutif UNESCO di Paris, baru-baru ini.
Persidangan sesi ke-206, Lembaga Eksekutif UNESCO di Paris, baru-baru ini.

Selain itu katanya, kementerian berhasrat menilai semua sistem penilaian Malaysia, bermula dengan peperiksaan sumatif pada peringkat rendah kepada peperiksaan formatif, penilaian berasaskan sekolah.

“Malaysia juga berjaya menggunakan teknologi untuk menyelesaikan cabaran dalam pendidikan. Kementerian Pendidikan menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) dan analisis ramalan untuk mengenal pasti kumpulan berisiko tinggi.

“Contohnya keciciran, golongan muda yang menganggur dan gadis yang dalam risiko untuk melaksanakan intervensi bersasar,” katanya selepas mewakili Malaysia dalam sesi ke-206, Lembaga Eksekutif UNESCO di Paris, baru-baru ini.

Maszlee mewakili Malaysia pada persidangan berkenaan.
Maszlee mewakili Malaysia pada persidangan berkenaan.

Ketidakhadiran beliau pada Sidang Dewan Rakyat kerana menyertai persidangan UNESCO pada 9 April lalu, yang bertujuan menerangkan kepada semua Ahli Lembaga Eksekutif UNESCO mengenai dasar dan hala tuju pendidikan negara Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, dalam sesi berkenaan Maszlee berkata, beliau juga menunjukkan bagaimana teknologi digunakan untuk memantapkan satu aspek penting dalam pentadbiran, membaca, budaya dan warisan, dengan memudah cara kerjasama antara Arkib Nasional dengan universiti untuk mendigitalkan manuskrip klasik dari seluruh dunia.

No Image Caption

“Saya menggesa semua negara untuk tidak mengabaikan asas pendidikan terutama dalam memacu agenda kesamarataan,” katanya. Tegasnya, selari dengan SDG4, pihak kementerian tidak akan mengabaikan sesiapa pun untuk mendapat akses pendidikan.

“Sekolah kami dibuka kepada murid tanpa dokumen dan murid berkeperluan khas menerusi Polisi Zero Reject kami.

“Kami juga menyediakan laluan khas bagi golongan miskin, masyarakat peribumi dan golongan berkeperluan khas untuk memasuki universiti kami.

Kita berhadapan tugas berat, tetapi saya yakin segalanya mungkin jika kita berani untuk bermimpi,” katanya.