Anjung Kasih YKN di UniSZA

Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Basri Hassan Awang Mat Dahan
A
A

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjalin kerjasama bersama Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi membina Anjung Kasih YKN dalam kawasan Hospital Pengajar UniSZA, di sini.

Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Basri Hassan Awang Mat Dahan berkata, Anjung Kasih bakal menjadi model terkini menggabungkan tanggungjawab sosial dan terapi holistik pertama di Malaysia.

"Anjung Kasih ini akan menjadi transit kepada pengiring pesakit yang kurang mampu. Dan Insya-ALLAH ianya bakal disiapkan bersama Hospital Pengajar UniSZA," katanya kepada media, hari ini.

Semalam, UniSZA menjalin kerjasama bersama YKN melalui tandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) di Pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya.

Majlis disempurnakan Timbalan Perdana Menteri juga merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail.

Selain UniSZA, sebanyak 12 rakan strategik turut menjalinkan kerjasama dengan YKN terdiri daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat korporat, institusi kewangan, badan bukan kerajaan (NGO) dan juga individu.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia