Bekas gabenor Parti Republikan umum hasrat menentang Trump

Bill Weld
Bill Weld
A
A
A

WASHINGTON - WASHINGTON. Bekas Gabenor Massachusetts Bill Weld daripada Parti Republikan mengumumkan akan bertanding menentang Presiden Donald Trump bagi pencalonan presiden Amerika Syarikat pada tahun 2020.

Berkhidmat sebagai gabenor selama dua penggal dari tahun 1991-1997, Weld mula menyatakan hasrat menentang Trump pada Februari lalu.

"Sekiranya enam tahun akan datang kita masih berdepan masalah sama yang datang dari Rumah Putih bagi tempoh dua tahun ini, ia akan menjadi tragedi politik.

"Disebabkan itu, saya akan berasa malu sekiranya tidak mencalonkan diri untuk bertanding.

Pencalonan bekas gabenor berusia 73 tahun itu merupakan pencalonan pertama menentang Presiden Trump yang datang daripada partinya sendiri.

Sementara itu, menjawab pertanyaan berhubung rancangan Weld untuk merebut jawatan presiden, Jawatankuasa Kebangsaan Republikan berkata sebarang usaha menentang jutawan hartanah tersebut tidak akan berjaya kerana Parti Republikan berdiri teguh di belakang Presiden Trump. - Agensi

Artikel Berkaitan: