[VIDEO] MP Hulu Langat angkat sumpah dari tempat duduk

Mohd Sany dilihat mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dari tempat duduknya di Dewan Rakyat.
Mohd Sany dilihat mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dari tempat duduknya di Dewan Rakyat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul memberi kebenaran kepada Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzah untuk mengangkat sumpah daripada tempat duduknya di Dewan Rakyat.

Johari memberi laluan tersebut ekoran Mohd Sany yang sebelum itu hadir berkerusi roda, tidak dibenarkan berjalan susulan baru menjalani pembedahan minggu lalu.

“Saya telah menerima satu pemakluman daripada Yang Berhormat Hulu Langat akan keadaan kesihatan beliau yang baru sahaja menjalani pembedahan pada minggu lalu.

"Beliau tidak dibenarkan untuk berjalan. Sehubungan itu saya membenarkan Yang Berhormat Hulu Langat mengangkat sumpah dari tempat duduknya,” katanya.