Peluang saksi pemain tenis bertaraf dunia

Howard Lee (duduk, tengah) pada sidang media berkenaan.
Howard Lee (duduk, tengah) pada sidang media berkenaan.
A
A
A

IPOH – Peminat sukan tenis berpeluang menonton aksi hebat daripada pemain-pemain tenis remaja sempena Kejohanan Tenis Bawah 18 tahun (ITF World Junior U-18) yang bakal berlangsung di Arena Tenis Perak mulai 21 hingga 28 April 2019.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri, Howard Lee Chuan How berkata, kejohanan kali ini bakal menampilkan penyertaan daripada 25 negara melibatkan India, Sri Lanka, Hong Kong, Taiwan, Belanda, Great Britain, Amerika Syarikat dan sebagainya.

Menurut Howard Lee, kejohanan yang kali terakhir dianjurkan di negara ini pada 2014 lalu bakal turut menampilkan pemain-pemain tenis remaja bertaraf dunia.

“Kejohanan ini dihentikan seketika atas sebab-sebab tertentu. Bagaimanapun, kali ini ia kembali dengan menampilkan lebih ramai pemain bertaraf dunia.

“Atlet Perak, Mitsuki Leong difahamkan akan mewakili negara pada kejohanan berkenaan. Dengan status pemenang pingat emas Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2019 selain pernah mewakili negara dalam beberapa kejohanan antarabangsa akan membantu skuad negara.

“Selain itu ada empat lagi pemian yang bakal beraksi melibatkan Hannah Yip, Daniel Leong Pricket, Pavel Liam Thadani dan Isham Singh yang juga berpengalaman beraksi di peringkat antarabangsa,” katanya pada sidang media petang tadi.

Sementara itu, Howard Lee berkata Persatuan Lawn Tenis Perak (PLTA) difahamkan akan menganjurkan klinik mini tenis sempena kejohanan berkenaan.

Katanya, klinik yang dikendalikan oleh jurulatih pakar itu diharap dapat memberikan pendedahan awal mengenai sukan tenis kepada semua peserta.

Artikel Berkaitan:

“Peserta juga berpeluang untuk beramah mesra dengan pemain dalam dan luar negara sempena penganjuran klinik berkenaan nanti,” katanya.