X

Kindly register in order to view this article
!

Permohonan lesen sampan khas, pewarisan, diteliti

Salahuddin dalam sidang media, hari ini.
A
A

KUANTAN - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (PNK) akan meneliti permohonan nelayan untuk mendapatkan lesen sampan khas.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, hal ini termasuk isu permohonan pewarisan lesen daripada bapa kepada anak.

Menurutnya, dua perkara tersebut akan diberikan perhatian dalam usaha mempermudah permohonan nelayan yang terpaksa berdepan pelbagai birokrasi sebelum ini.

“Mengenai isu lesen, susulan pemutihan dilakukan kerajaan terhadap nelayan yang tidak aktif tetapi menerima elaun sejak beberapa bulan lalu, nelayan yang benar-benar layak boleh memohon semula.

“Proses pemutihan ini membantu kita menggantikan dengan nelayan yang sememangnya aktif. Syarat permohonan lesen sampan khas ialah turun ke laut selama 120 hari dalam setahun, dan berusia maksimum 70 tahun.

“Namun kalau umur lebih, masih boleh memohon asalkan mendapat pengesahan daripada ketua kampung. Kalau ikutkan amalan sebelum ini, ada (lesen) yang dikeluarkan atas dasar fahaman atau sokongan kepada parti politik tertentu dan ini kita akan ubah,” katanya.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan Lawatan Ramah Mesra Bersama Nelayan di Pasar Nelayan Kampung Balok, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Munir Mohd Nawi dan Ketua Pengarah LKIM, Jamaluddin Othman.

Dalam hal ini katanya permohonan lesen vesel termasuk lesen sampan sudah tidak dikeluarkan sejak 2002, namun Dasar Pindah Milik yang diperkenalkan pindah milik hanya kepada ahli keluarga yang bekerja sebagai nelayan tulen.

Status semasa Jabatan Perikanan dan dan kementerian telah menerima dan memproses 5803 permohonan lesen sampan khas seluruh Malaysia.

“Disebabkan sumber perikanan yang berkurang, kementerian telah menetapkan permohonan lesen sampan ini dipertimbangkan dengan keutamaan diberikan kepada pemohon yang telah melaksanakan aktiviti perikanan lebih dari 10 tahun dan perlu dapat pengesahan ketua kampung,” katanya.

Sementara itu Salahuddin berkata, sejumlah 400 lesen laut dalam (C2) dibatalkan sehingga 2019 bagi menangani masalah pencerobohan bot pukat tunda.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!