Perak intai kerjasama dengan UPM tangani isu perternakan

Ahmad Faizal menyampaikan cenderahati kepada Dr Aini yang berkunjung ke pejabatnya hari ini.
Ahmad Faizal menyampaikan cenderahati kepada Dr Aini yang berkunjung ke pejabatnya hari ini.
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak sedia bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam usaha menangani isu berkaitan penternakan di negeri ini.

Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak, A Sivanesan berkata, satu mesyuarat telah diadakan bersama-sama dekan dan pegawai kanan UPM hari ini bagi membincangkan perkara tersebut.

Katanya, Perak merupakan pengeluar utama daging ayam, itik dan babi di negara ini malah antara isu yang menjadi tumpuan ada masalah lalat.

"Satu kita bincang berkenaan gangguan lalat hasil daripada ternakan ayam. Kita sudah bertahun-tahun mencuba untuk mengatasi masalah lalat ini tetapi sehingga hari ini tidak berjaya dan pihak UPM mempunyai kepakaran melalui Fakulti Veterinar mereka.

"Jadi mereka bersetuju untuk membantu kerajaan negeri dengan projek kolobrasi bagi menangani masalah ini," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Sivanesan berkata, perbincangan turut dibuat berkaitan perhutanan untuk menanam semula pokok di negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri juga ingin bekerjasama dengan Fakulti Alam Sekitar UPM untuk menjalankan kajian bagi mengawal pencemaran sungai di negeri ini.

Beliau berkata, pihak UPM akan membuat kertas kerja mengenai cadangan kerjasama itu dalam masa dua minggu sebelum kerajaan negeri membuat keputusan.

Artikel Berkaitan:

Menurut Sivanesan, UPM sebelum ini pernah bekerjasama dengan kerajaan Pulau Pinang, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Delegasi UPM yang diketuai Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Aini Ideris turut bertemu Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Pejabat Menteri Besar Perak.