Waytha Moorthy temui wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Australia

Waytha Moorthy
Waytha Moorthy
A
A
A

PUTRAJAYA - Satu delegasi dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Australia (AHRC) hari ini mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy di pejabat beliau di sini di mana mereka telah berkongsi pengalaman Australia dalam mempromosikan hak asasi manusia dan integrasi budaya.

Delegasi Australia itu turut dianggotai Presiden AHRC Prof Rosalind Croucher, Pesuruhjaya Diskriminasi Kaum AHRC Chin Tan dan Eksekutif Kanan Dasar AHRC Natasha de Silva.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat menteri itu, antara perkara menarik yang dibincangkan ialah mengenai model perdamaian yang digunakan Australia, yang menekankan kepada jangkauan pendidikan dan keadilan suruhanjaya itu dalam mencapai integrasi sosisal dan keterangkuman dalam kalangan masyarat migran sebagai rakan kongsi yang sama setara dalam masyarakat.

Menurut kenyataan itu, mereka juga telah mengadakan pertemuan dengan pasukan petugas yang telah ditubuhkan untuk menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Harmoni dan Perdamaian.

RUU itu bertujuan mempromosi keharmonian negara, perpaduan, perdamaian, integrasi dan kesaksamaan.- Bernama

Artikel Berkaitan: