Abdul Hadi rai kehadiran Daim ke Terengganu

Abdul Hadi memuat naik gambarnya bersama Daim di Facebook, semalam.
A
A

KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meraikan kehadiran Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin di Wisma Darul Iman, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut memuat naik gambar kenangan bersama bekas Menteri Kewangan itu.

Daim (tengah) berbual bersama Abdul Hadi (kiri) dan Ahmad Samsuri di Terengganu, semalam.
Daim (tengah) berbual bersama Abdul Hadi (kiri) dan Ahmad Samsuri di Terengganu, semalam.

"Banyak kisah dan cerita dikongsikan bersama dengan penuh kemesraan.

"Semoga Tun sentiasa diberikan kesihatan dan dirahmati oleh ALLAH," katanya semalam.

Semalam, Daim menjadi panel program Bicara Darul Iman di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman.

Abdul Hadi (kiri) bersama Daim di Terengganu, semalam.
Abdul Hadi (kiri) bersama Daim di Terengganu, semalam.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut memuat naik gambar di Facebook bersama Daim ketika sesi taklimat tanah pertanian di Bukit Bidong, Setiu.

"Pertanian merupakan satu perniagaan yang memberi prospek besar kepada masyarakat dan turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia