Usaha pembersihan loji nuklear Fukushima bermula

Alat kawalan jauh digunakan untuk mengeluarkan bahan api nuklear di kolam penyimpanan unit No 3 di bangunan reaktor Loji Fukushima Daiichi.
Alat kawalan jauh digunakan untuk mengeluarkan bahan api nuklear di kolam penyimpanan unit No 3 di bangunan reaktor Loji Fukushima Daiichi.
A
A
A

TOKYO - JEPUN. Pengendali loji nuklear Fukushima Daiichi, hari ini memulakan kerja mengeluarkan bahan api atom daripada bangunan yang menempatkan salah satu reaktor yang terjejas teruk akibat bencana berganda pada 2011.

Paras radiasi yang tinggi menyebabkan juruteknik terpaksa menggunakan alat kawalan jauh untuk mengangkut bahan api dari 'kolam penyimpanan'.

Tokyo Electric Power Co (TEPCO) menganggarkan proses pemindahan 566 unit bahan api nuklear itu akan mengambil masa dua tahun.

"Kami perlu memindahkannya secara berhati-hati untuk mengelakkan bacaan radiasi meningkat," kata jurucakap TEPCO, Yuka Matsubara.

Jurutera pengendali loji nuklear itu bagaimanapun tidak akan cuba untuk mengekstrak bahan api nuklear cair yang masih terdapat dalam reaktor tersebut memandangkan ia adalah bahagian pembersihan besar-besaran paling sukar dan dijangka tidak akan bermula sehingga 2021.

Difahamkan, langkah seterusnya adalah untuk menghapuskan bahan api sebagai sampel yang dijadualkan pada Mac 2020. - AFP

Artikel Berkaitan: