Pengunjung pusat hiburan positif dadah

Sebahagian individu diperiksa dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Jalan Loke Yew, Sabtu lalu.
Sebahagian individu diperiksa dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Jalan Loke Yew, Sabtu lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menyerbu sebuah premis hiburan di Jalan Loke Yew, di sini, awal pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Rudy Abdullah berkata, seramai 26 orang pengunjung diperiksa dalam pemeriksaan di dua bilik premis terbabit, kira-kira jam 1 pagi.

"Mereka yang diperiksa terdiri daripada tujuh warga tempatan, lapan warga Vietnam serta seorang warga Myanmar.

Antara individu diperiksa dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Jalan Loke Yew, Sabtu lalu.
Antara individu diperiksa dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Jalan Loke Yew, Sabtu lalu.

"Hasil pemeriksaan mendapati 10 daripada mereka iaitu lapan lelaki tempatan dan dua wanita Vietnam berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun didapati positif dadah," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.

Rudy berkata, siasatan mendapati suspek dipercayai mengambil bahan terlarang itu dari luar untuk berhibur.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengambil keterangan daripada pihak pusat hiburan.

"Kesemua suspek kini direman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: