Fizz Fairuz beri tempoh dekat Makcik Puaka

A
A

PELAKON, Datuk Fizz Fairuz bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik akaun media sosial yang dikenali Makcik Puaka berikutan dakwaan yang dibuat baru-baru ini.

Tegas pelakon Fizz Fairuz atau nama lengkapnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 39, dia memberi peluang permohonan maaf sehingga malam Isnin.

"70 peratus orang itu ada orang dalam industri seni juga. Tapi saya bukan nak bukan aib dia.

"Cuma saya mahu berjumpa dan beritahu apa sebenarnya masalah dia dekat saya?

"Kalau tak nak berjumpa semasa sidang media diadakan, dia boleh berjumpa dengan saya bersemuka sendiri," ujarnya sebagaimana dilaporkan mStar Online.

Terdahulu, Makcik Puaka mendakwa dan menyebarkan berita dengan memberi gambaran seakan-akan Fizz adalah individu yang bergelar Datuk Seri ditangkap khalwat di Pulau Perhentian, Terengganu, baru-baru ini.

Pada masa sama, Fizz turut memberitahu kepada penyebar fitnah hendaklah tampil membuat permohonan maaf dalam tempoh seminggu ini.

“Saya tahu siapa dia dan boleh heret keluar bila-bila masa sahaja. Tak kisah siapapun dia, saya mahu dia mohon maaf secara lisan.

“Saya boleh tutup identiti dia kalau mahu selesaikan isu dengan cara baik dan kerjasama,” katanya.

Tambahnya lagi, sekiranya individu tersebut gagal membuat permohonan maaf maka Fizz tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan identiti individu tersebut.

Begitupun, pemilik akaun terbabit tampil memohon maaf menerusi Insta Story.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia