Selami sejarah Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang

Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang dahulunya pernah menjadi masjid negeri Selangor. -FOTO: INTERNET.
Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang dahulunya pernah menjadi masjid negeri Selangor. -FOTO: INTERNET.
A
A
A

MASJID Diraja Sultan Suleiman, Klang, Selangor mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Rumah ALLAH ini sebenarnya dibina sempena dengan pengisytiharan Klang sebagai pusat pentadbiran negeri Selangor.

Malah, masjid ini merupakan masjid negeri Selangor sebelum Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam dibina.

Selain itu, masjid itu juga merupakan pemberian daripada kerajaan British kepada Sultan Selangor yang kelima, Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah.

Bercirikan seni bina Monghul, rekaan Masjid Diraja Sultan Suleiman adalah hasil cetusan L Keste Ven.

Pembukaan rasmi masjid tersebut disempurnakan oleh Sultan Alauddin Sulaiman Shah pada 11 September 1932.

Dua tahun lalu, masjid ini baru sahaja melalui projek konservasi.

Namun, ia masih mengekalkan keaslian seni bina asal masjid berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Sepanjang proses konservasi itu, beberapa proses penambahbaikan dilakukan antaranya cucian permukaan mural, rawatan pengukuhan mural dan mengecat beberapa bahagian masjid termasuk di ruang solat utama.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia dan Wikipedia)