Ada golongan bangsawan hasut ahli keluar Umno?

 Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Khairy Jamaluddin Abu Bakar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa ada golongan ‘bangsawan’ yang menjadi pendorong hampir kesemua pemimpin utama Umno Sabah bertindak keluar parti.

Dakwaan Khairy itu dibuat bagi menjawab soalan pengikutnya di Twitter yang bertanyakan mengapa beliau tidak berusaha menghalang tindakan Ahli Parlimen keluar Umno.

“Dah cuba tapi ada puak 'bangsawan' yang mendorong kepada tindakan keluar beramai-ramai," balas Khairy.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan siapa gerangan yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Rembau itu.

Di Kota Kinabalu hari ini, 13 ahli Umno dan pemimpin kanan di Sabah bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas kerana tidak yakin dengan hala tuju parti itu di negeri ini.

Adun Sulaman, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor yang merupakan Pengerusi Umno Sabah sebelum ini dalam sidang media berkata, kepimpinan Umno Pusat tidak mempunyai arah politik yang jelas menyebabkan mereka bersepakat mengambil keputusan drastik ini.

Tindakan keluar parti yang berkuat kuasa hari ini melibatkan lima anggota Parlimen, sembilan Adun dan dua senator serta sembilan Adun.

Lima Ahli Parlimen itu ialah Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran), Yamani Hafez Musa (Sipitang), Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Zakaria Edris (Libaran) dan Datuk Rahim Bakri (Kudat).

Artikel Berkaitan:

Selain Hajiji, lapan Adun lagi adalah Datuk Seri Masidi Manjun (Karanaan), Datuk Japlin Akim (Usukan), Datuk Musbah Jameh(Tempasuk), Datuk Gulam Haidar Khan (Kawang), Datuk Mohd Arifin Arif (Membakut), Datuk Isnin Aliasnih (Klias), Matbali Musah (Lumadan) dan Datuk Nizam Titingan (Apas).

Manakala dua senator Umno yang keluar parti ialah Datuk Ghani Yassin dan Datuk John Ambrose.