Keluarga minta orang ramai berhenti cari Ashraf

Laporan polis yang mula tular meminta orang ramai berhenti mencari Mohammad Ashraf
A
A

GOPENG - Pihak polis mengesahkan menerima laporan waris peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu, supaya orang awam menghentikan operasi mencari.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim ketika dihubungi berkata, pihaknya ada menerima laporan polis yang dibuat abang Mohammad Ashraf iaitu Mohammad Azlan, pada jam 5.20 petang semalam.

Ditanya apakah tindakan lanjut pihak polis, Hasron Nazri berkata, polis akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.

Menurut laporan polis yang dibuat Mohammad Azlan, bukan hanya berhenti daripada mencari bahkan meminta agar segala spekulasi dan berita tidak benar mengenai adiknya juga dihentikan.

"Waris ini telah pun berbincang dengan pihak ketua kampung Kampung Pintu Padang dan kerana itu dia tampil membuat laporan," katanya mengenai laporan polis tersebut.

Sementara itu, usaha Sinar Harian mendapatkan ahli keluarga mangsa iaitu abangnya masih belum mendapat sebarang maklum balas setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

22 hari Acap hilang: Polis kaji laluan trek, maklumat lain

Kehilangan Acap: Jangan obses unsur mistik

Kehilangan Ashraf: Polis buka kertas siasatan

Dalam kejadian pada 23 Mac lalu, Mohammad Ashraf yang bertugas sebagai juruteknologi makmal perubatan di Pejabat Kesihatan Muar, Johor disedari hilang selepas mangsa tidak tiba di garisan penamat meski pun berada pada kedudukan 10 peserta teratas bagi kategori 25km.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia