Dua lelaki warga asing maut dilanggar komuter

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua lelaki warga Myanmar maut dirempuh komuter di KM371.7 Sungai Buloh - Kepong di sini petang tadi.

Dalam kejadian jam 6.03 petang itu, lelaki berusia 30-an itu dipercayai menceroboh landasan untuk dijadikan jalan pintas ke kawasan berhampiran.

Memetik kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), pemandu komuter memberhentikan tren sebaik menyedari mengsa terpelanting keluar landasan.

"Pihak polis telah dimaklumkan mengenai kejadian dan tiba sejurus menerima laporan tersebut.

"Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat, " memetik kenyataan media KTMB.

Pihak KTMB menyediakan komuter gantian bagi membolehkan 30 penumpang yang berada dalam tren tersebut meneruskan perjalanan mereka.

Artikel Berkaitan: