PKR perlu kerja kuat selepas kalah PRK Rantau

Anwar bersalaman dengan ahli PKR di pekarangan Pejabat Parlimen Kuantan hari ini.
Anwar bersalaman dengan ahli PKR di pekarangan Pejabat Parlimen Kuantan hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Pakatan Harapan (PH) perlu bekerja kuat selepas mengalami kekalahan pada Plihan Raya Kecil (PRK) Rantau, semalam disebabkan trend pengundi khususnya Melayu yang sukar dijangka.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PH menerima kekalahan itu, namun jumlah undi popular terhadap PH sedikit meningkat.

Menurutnya, beliau tidak mahu memberikan sebarang alasan berhubung kekalahan itu, sebaliknya mengakui ia berpunca dari kawasan pengundi Melayu.

"Saya turun berkempen di sana (Rantau)... memang kita akui kawasan (pengundi) Melayu, kita ada masalah sikit dan perkara ini kita harus tangani, bukannya salahkan pengundi.

"Kalau mahu dikatakan ia sebagai trend sokongan, ia tidak betul. Kita kena tengok keputusan di (PRK) Seri Setia, Balakong dan di Port Dickson sendiri... sebagai contoh, di Port Dickson, kita memperoleh undi yang tinggi di kawasan majoriti pengundi Melayu.

"Merujuk kepada PRK Sandakan tidak lama lagi, saya pun ada berbincang dengan pemimpin DAP dan di Sandakan ini, suasananya berbeza. Saya yakin DAP tidak ada masalah untuk mempertahankan kerusi itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Pejabat PKR Pahang hari ini.

Hadir sama, Pengerusi PKR negeri yang juga Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah.

Artikel Berkaitan:

Keputusan PRK Rantau yang diumumkan semalam menyaksikan calon PH, Dr S Streram yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau memperoleh 5,887 undi, tewas kepada calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini memangku jawatan Presiden UMNO yang mendapat 10,397 undi.

Sebelum itu, Anwar juga meminta semua pemimpin PH menerima keputusan dibuat rakyat.

Katanya, PH harus menumpukan kepada dua isu besar yang perlu diselesaikan segera iaitu kos sara hidup dan keyakinan terhadap dasar yang cuba dilaksanakan Kerajaan Persekutuan hari ini.

"Dua perkara ini perlu diberi perhatian bagi mengelak daripada terus kehilangan sokongan rakyat.

"Jadikan apa yang berlaku di Rantau sebagai isyarat. Kita adalah parti yang ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib mereka (rakyat) dan janganlah apabila kita sudah berkuasa, kita lupakan rakyat yang bersama kita ketika susah dahulu," katanya.