Bapa Aman Nassim meninggal dunia

FOTO: Facebook Aman Nassim
FOTO: Facebook Aman Nassim
A
A
A

BAPA kepada pelakon Aman Nassim, Nassim Haroon, 60, telah menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kanser usus tahap empat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor, pada petang Sabtu.

Berita duka ini dikongsikan Aman menerusi laman Facebook miliknya beberapa jam selepas pemergian bapanya semalam.

“AlFatihah. Abah saya, Hj. Nassim bin Haroon baru sahaja meninggal dunia pada jam 6.35 petang.

“Moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Doakan abah saya yaa,” tulis Aman.

Jenzah Allahyarham dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Bukit Alif, Johor Bahru pada awal pagi tadi.

Terdahulu sebelum itu, Aman yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan pensyarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Nor Baizura Abdul Ghani, terpaksa menangguhkan majlis resepsi perkahwinan mereka kerana keadaan kesihatan bapanya yang kritikal.

Artikel Berkaitan: