Rusuhan kuil: Sembilan saksi tampil beri keterangan

MAZLAN MANSOR
MAZLAN MANSOR
A
A
A

KLANG - Sembilan daripada 66 individu yang dicari polis bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman telah tampil dan memberi keterangan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, sembilan individu terbabit telah diambil keterangan dan menjelaskan kesemua mereka memberikan kerjasama penuh dalam membantu siasatan.

"66 (individu) itu ada yang telah tampil ke hadapan, seramai sembilan telah tampil. Inilah yang sedikit sebanyak membantu kita dalam siasatan.

"Mereka ini telah membantu kita menerusi keterangan mereka dan dibebaskan.

"Saya juga menguar-uarkan kepada mereka yang masih lagi belum tampil untuk segera tampil membantu siasatan pihak polis," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Klang Utara, hari ini.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan 66 individu untuk membantu siasatan berhubung insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, dekat sini, pada 26 November lepas.

Artikel Berkaitan: