BN adakan mesyuarat bincang PRK Sandakan

Mohamad ketika menemui penduduk di Pasar Rantau di sini, hari ini.35
Mohamad ketika menemui penduduk di Pasar Rantau di sini, hari ini.35
A
A
A

SEREMBAN - BN akan mengadakan mesyuarat selewat-lewatnya minggu ini untuk membincangkan perancangan PRK Parlimen Sandakan, Sabah.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perbincangan segera perlu dilakukan berikutan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 27 April ini.

Katanya, mesyuarat itu akan melibatkan semua parti komponen dalam BN.

“Kita akan berunding sesama kita kerana selama ini di Sandakan selama ini ia diwakili oleh parti komponen di sana iaitu Liberal Democratic Party (LDP).

“Tetapi memandangkan LDP tidak lagi bersama kita, jadi BN perlu meneliti kemungkinan untuk meletakkan calon daripada parti mana yang difikirkan sesuai,” katanya kepada media selepas menemui penduduk di Pasar Rantau di sini, hari ini.

Katanya lagi, keputusan sama ada BN akan meletakkan calon untuk bertanding di kerusi itu akan ditentukan selepas mesyuarat itu diadakan nanti.

Terdahulu, SPR menetapkan tarikh penamaan calon PRK Parlimen Sandakan pada 27 April ini manakala hari pengundian pada 11 Mei.

PRK Parlimen Sandakan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt akibat serangan jantung pada 28 Mac lalu.

Artikel Berkaitan: