Lelaki didenda RM3,000 rosakkan peti besi masjid

Tertuduh, Mohd Hari Mohd Hashin, 38, mengaku salah merosakkan peti besi milik Masjid Gelugor Haji Tahir, Chabang Tiga, di sini
Tertuduh, Mohd Hari Mohd Hashin, 38, mengaku salah merosakkan peti besi milik Masjid Gelugor Haji Tahir, Chabang Tiga, di sini
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Seorang lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana merosakkan peti besi milik Masjid Gelugor Haji Tahir, Chabang Tiga, di sini.

Tertuduh, Mohd Hari Mohd Hashin, 38, turut berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan dibuat selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat harta benda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja merosakkan peti besi tabung Masjid Gelugor Haji Tahir, Chabang Tiga, di sini, yang menyebabkan kerugian RM600.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu lebih kurang jam 1 petang hingga jam 8 malam, pada 20 Febuari lalu.

Dengan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau dengan denda atau kedua-dua sekali, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, kejadian hanya disedari Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Zakaria Awang selepas mendapati peti besi di ruang sembahyang muslimah terbuka.

Artikel Berkaitan:

Pemeriksaan mendapati ada kesan umpilan sebelum melihat semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan ternampak kelibat seorang lelaki yang sedang melakukan perbuatan tersebut.