ECRL: Terima kasih Kerajaan Persekutuan

ECRL bakal beri impak yang besar kepada rakyat Kelantan.
ECRL bakal beri impak yang besar kepada rakyat Kelantan.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan negeri melihat keputusan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebagai impak yang besar kepada rakyat Kelantan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, ia melibatkan kesan jangka pendek iaitu peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang berkaitan pembinaan dan pengangkutan.

Atas dasar itu beliau berkata, kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di atas persetujuan membangunkan ECRL di sini.

Menurutnya, ia sebagaimana yang dimaklumkan, keputusan kerajaan membina dua stesen di Kota Bharu dan Tok Bali.

“Ia juga merupakan langkah positif dalam merancakkan ekonomi negeri dan kemudahan transportasi yang lebih efisien.

Ahmad Yakob
Ahmad Yakob

“Bukan itu sahaja, ia juga mampu menguruskan transaksi barangan yang bervariasi serta berskala besar,” katanya, pada satu kenyataan, hari ini.

Ahmad berkata, pembangunan ini juga akan mengubah landskap keusahawanan dalam menjadikannya lebih kondusif dan kompetitif untuk warga Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Jika kewujudan ECRL ini diuruskan dengan baik dan mengikut piawaian sebenar beliau berkata, ia memberi negara satu lagi fasiliti bertaraf antarabangsa.

Malah katanya, ia akan memacu negara sebagai negara yang membangun serta pesat, setanding negara maju yang lain