Proses undi awal Pilpres di Kedutaan Indonesia terkawal

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengundian awal Pilihan Raya Presiden (Pilpres) Indonesia yang berlangsung hari ini di Kedutaan Besar Indonesia di Jalan Tun Razak di sini, berjalan lancar dan terkawal setakat tengah hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wang, Superintendan Rudy Abdullah berkata, tiada perkara tidak diingini dilaporkan setakat ini dan polis sedang mengawal lalu lintas di jalan berkenaan bagi mengelakkan kesesakan.

“Dianggarkan 1,000 rakyat Indonesia berada di hadapan kedutaan republik itu sejak pagi tadi untuk mengundi sehingga 6 petang nanti,” katanya ketika ditemui Bernama.

ARTIKEL BERKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/23408/BERITA?page=2

Pada Pilpres 2019, Presiden Joko Widodo (Jokowi) akan mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua, bergandingan dengan pasangan baharu Ma’ruf Amin, seorang ulama berpengaruh Indonesia, sebagai naib presiden.

Mereka dicabar bekas ketua tentera Prabowo Subianto yang bergandingan dengan bekas timbalan gabenor Jakarta, Sandiaga Uno, 49.

Menurut Komisi Pemilihan Umum (KPU), 711 kerusi menjadi rebutan dalam Majelis Permusyawaratan Rakyat (MPR) yang terdiri daripada 575 anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan 136 Dewan Perwakilan Daerah (DPD).

Turut terbuka untuk rebutan ialah lebih 19,500 kerusi di lebih 2,000 daerah, perbandaran dan daerah pemilihan dewan legislatif. - Bernama

Artikel Berkaitan: