Anwar umum barisan kabinet jam 8.15 malam ini

Anwar - Foto Bernama
Anwar - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan barisan kabinet pada jam 8.15 malam Jumaat.

"Insya-ALLAH jam 8.15 malam ini (Jumaat) saya akan mengumumkan saf kepimpinan baharu kabinet Kerajaan Perpaduan. Nantikan,” kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dalam satu kemas kini di laman Facebook beliau.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November.

Pada satu majlis di Ipoh pada Jumaat beliau berkata, senarai penuh barisan kabinet telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi (Jumaat) untuk mendapat perkenan Seri Paduka Baginda agar lantikan segera dapat dilaksanakan. - Bernama