Insiden tembakan di Melbourne, dua mangsa bertarung nyawa

Anggota forensik memeriksa lokasi kejadian tembakan di luar sebuah kelab malam di pinggir bandar Prahran.
A
A

SYDNEY - AUSTRALIA. Polis berkata dua mangsa insiden tembakan di Melbourne dalam keadaan kritikal.

Dalam insiden hari ini, empat mangsa dikejarkan ke hospital selepas ditembak di luar sebuah kelab malam di pinggir bandar Prahran.

Polis berkata, tiga daripada mangsa berusia antara 29 dan 50 tahun, manakala umur mangsa keempat masih belum dikenal pasti.

Jurucakap polis memberitahu AFP, insiden tembakan itu dipercayai tiada kaitan dengan keganasan.

Sementara itu, akhbar The Age dalam laporannya berkata, pasukan penyiasat melakukan siasatan sama ada serangan melibatkan kumpulan geng bermotosikal.

Polis dijangka akan memberi maklumat lanjut hari ini.

Insiden tembakan jarang berlaku di Australia, selepas undang-undang senjata api yang ketat diperkenalkan selepas 35 orang terbunuh pada 1996 dalam kejadian tembakan di Pelabuhan Arthur, Tasmania. – AFP